Anda juga boleh sampaikan msg anda kpd sesiapa yg mengenali...dgn cara antrkn msg ringkas anda ke emel alsmkay06@gmail.com ..tiada charge perkhidmatan dikenakan

Sekapur Sireh Tuan Presiden…

Sekapur Sireh Tuan Presiden…
“Dalam usaha mempertingkatkan keupayaan dan keteguhan Portal Alumni SMKAY agar dapat berbakti menerusi kempen penambahan ahli disamping dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirangka untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli serta perancangan program pembangunan ekonomi” -En. Nurul Aswar Nasron-

Tuesday, December 8, 2009

Family Day Batch 2006...korg sumer dijemput

assalamualaikum dan salam satu batch...hehehe

korg sumer cuti ag k?
kalo yg dah balik u tue..slamat menyambung kuliah, duk kt u blajar elok2..

kepada yg masih bercuti..hurm nie ada berita baekk punyer untok korg sumer...kiter akan adakan family day untuk batch 2006 bagi menutup tirai tahun 2009 ini. jadi dgn segala hormatnya anda semua yg menjadi ahli kuarga batch 2006 ini dijemput untuk sama2 memeriahkan family day ini.

family day akan diadakan pada isnin, 14 disember 2009. bertempat di perigi yan atau nama penuhnyer seri perigi kowt. so korg bbdak agama yan xkan xtau ktner perigi.


nie poster family day kiter...

korg dinasihatkan menaiki kenderaan sendiri kerana tidak ada knderaan disediakan oleh pihak penganjur dan korg jugak digalakkan berkongsi kenderaan untuk mengurangkan pencemaran alam hehehe

masa berkumpul adalah pukul 9 pagi. ingat pukul 9 pagi korg dah ada terpacak depan balai gendang perigi. bukannyer pukul 9 pg korg baru nk bngun mandi or btolak dr umh korg. sapa yg dtg lambat akan didenda menyanyi lagu wonderpet. hahaha siap la korg sumer.

pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti sukaneka. bbq pown ada disediakan. tp kalo korg aser kehadiran korg akan men"tak cukup"kan makanan yg ada, korg digalakkan membawa apa saja makanan yg korg nk bwk, mcm jamuan raya msa kt sek dlue.


nie satu ag poster...

korg juga dinasihatkan dtg dengan pakaian yg xlawa cz nnt korg nyesal kalo korg dtg pakai baju batik, kebaya, baju kurung dan rakan2 yg sama waktu dengannya. disamping itu bawalah juga pakaian yg bersih dan persalinan untuk kiter bersolat dan pulang pada ptg itu.

sekian itu sahaja yg diberitahu..

kpd yg xdpt hadir, korg mst trasa mcm nk nangis bawah katil sambil peluk bantal busuk korg kan?
hahaha xper2 jgn isau barang yg lepas jgn dikenang, kalo dikenang merajuk la hati..

insyaAllah kiter akan wat ag family day nie cuti sem depan kalo perlu n ada permintaan..so harap korg sumer xterlepas yg akn dtg punyer famly day.

yg telah, sedang dan akan membaca entry nie..sebar2kan maklumat ini kepada kwn kiter yg lain k...

k jumpa kt sana 14hb nnt...
sekian..

assalamualaikum..
daaa^^

Muhammad Syafiq Syahidzat Bin Sabri,
Presiden Alumni Batch 2006,
Geoscience and Petroleum Engineering Department,
University Technology PETRONAS,
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh,
Perak Darul Ridzuan.

Friday, November 20, 2009

ll- Selamat Bercuti & Selamat Balik Kampung -ll


Salam Sejahtera kepada semua Alumni SMKAY
terutamanya skali mestilah Batch SPM 2006...heheheehhe

Di keheningan pagi yang segar menyejukkan
Hawa kedinginan pagi yang damai mempersonakan
Kesejukan dingin udara membaluti setiap tubuh yang masih diulit mimpi yang indah lagi berpanjangan...
NAMUN
Korang sumer perlu bangun
bangun dengan segera dan pantas
lawan godaan syaitan dan nafsu tidur
SEBAB
Kita Perlu balik Kampung dan bercuti
ekekekekekeke
jgn terlepas bas pulak..kang rugi tiket beli mahal-mahal...hehehhe



Kepada semua warga Alumni
x kiralah dimana anda berada..dan dimana anda belajar
dalam negara ke..luar negara ke...
dah kawin ke..bujang ke
dah x blajar ke..yang masih belajar ke
pastinya time nie ialah musim bercuti...bestnyerrrrrr


Jadi..
Selamat Balik Kampung
Hati-hati dijalan raya
Pakai tali pinggang keledar
Jaga kesihatan
Jaga diri
Jangan bela badan jerrr kat rumah..hehehe
Sayangi keluarga yang tersayang
Jangan biarkan mereka menatapi ketiadaan kita
Jaga kebersihan Flora dan Fauna
Jom Cuti-cuti Malaysia...Zoom Malaysia
Yeaahoooooooo..
Hip..hip..Hooo


Sekian,

Siti Sarah binti Wozali.
SECRETARY 2 Alumni Batch SPM 2006,
PISMP Pendidikan Seni Visual/PJ/BM Semester 2, 2009
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Jalan Padang Tengku,
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.

Thursday, November 19, 2009

Design Baju Batch


DESIGN OLEH : HAFIZ OSMAN

untuk makluman semua ini adalah design baju yang akan kita tempah.
bahagian depan : logo alumni induk
bahagian belakang : laman web blog ini

kita akan tempah lengan panjang untuk semua. so jangan risau la erk...
pakai baju nie masa family day nnt ok

Family Day Batch 2006

Assalamualaikum...

Seperti yang diketahui oleh semua ahli jawatankuasa (AJK), Program Tautan Kasih yang kita rancang berakhir seperti program Mukhayyam Tarbawi yang juga berakhir dgn kekecewaan pada Jun yang lepas.

Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas semua masalah yang kita hadapi dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang telah meluangkan masa, tenaga dan wang untuk menjayakan program ini.

Untuk menghargai jasa baik anda semua. Saya telah berbincang dengan semua Hicom dan Exco program Tautan Kasih. Kita tetap akan adakan aktiviti untuk batch kita pada tahun ini.

Keputusannya, kita akan adakan Family Day untuk anda semua. Tempat, masa dan tarikh untuk family day ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Hicom Exco selepas Hari Raya Aidiladha nanti. Keputusannya akan diumumkan dalam blog ini dan akan dihantar ke email semua AJK melalui setiap ketua Lajnah masing masing.

Tentang duit RM20 yg telah anda bank in untuk tempahan baju. Kita tetap akan siapkan tempahan baju tersebut dan akan kita pakai pada hari family day kita diadakan.

Jadi semoga family day ini tetap akan mendapat sokongan daripada semua AJK program dan AJK bacth.

sekian,

Muhammad Syafiq Syahidzat Bin Sabri
Presiden Batch 2006,
Geoscience and Petroleum Department,
Universiti Teknologi PETRONAS,
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh,
Perak Darul Ridzuan.

Saturday, October 3, 2009

PROGRAM TAUTAN KASIH : Sehari Bersama "Mereka"

Objektif :
  • Mengenali dan mengeratkan silaturrahim dengan penghuni serta pentadbiran rumah.
  • Membuka minda pelajar dengan aktivit-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
  • Memberi peluang kepada individu-individu untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin.
  • Untuk menimbulkan kesedaran dan memupuk rasa insaf dikalangan sukarelawan dengan membantu golongan kurang bernasib baik.
Tarikh :
  • 2 Disember 2009
Masa :
  • 9-6 ptg
Bersempena dengan program diatas...
jawatankuasa berikut telah dilantik :MySpace



MAJLIS TERTINGGI (hicom)

Pengarah Program
Muhammad Syafiq Syahidzat Bin Sabri (017-4600393)

Timbalan Pengarah
Nur Zahidah Abdullah (013-5902661)

Setiausaha 1
Khairul Anwar Jamil (013-6281868)

Setiausaha 2
Siti Sarah Wozali (01*-********)

Bendahari
Mohd Norfaiz Hashim (017-4525192)

MAJLIS EKSEKUTIF(exco)

Logistik(5)
Mohd Ashraaf Siddiqi (019-4207703 / 014-9306231)

Perhubungan Awam (3)
Muhammad Syarifuddin Ishak (013- 4920892)

Aktiviti & Modul (5)
Mahfuzah Zulkifli(013-5215063)

Sponsor(3)
Naqiuddin Muda (014-6048240)

Media & Dokumentasi (3)
Hafiz osman (013-7196364)
Note
  • Kepada semua ahli exco tolong pilih sendiri ahli anda mengikut bilangan yang telah ditetapkan(no dalam kurungan di nama biro anda)
  • Bilangan tersebut adalah jumlah kesemua committee dalam biro tersebut termasuk anda(exco)
  • Report kepada hicom secepat mungkin melalui email : alsmkay06@gmail.com
  • semua exco tlg update kpd hicom secepat mungkin








MySpacebersama kita memartabatkan batch 2006MySpace

Thursday, October 1, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni SMKA YAN 2009

Seiring madah pantun bersambut,
dalam senyum penghidang tamu;
mesra berdakap kasih terpaut,
persilakan tamu sambut di pintu.

Sambut salam sambut bersopan,
jenguk-menjenguk ajuk-mengajuk;
baru kami menyebut tuan,
air didih belumlah sejuk.


Salam sejahtera kepada semua di sana..Haaa,madah bermula dengan dua rangkap pantun melayu yang indah susunan rimanya..Okeh,berbalik kepada entri diatas...Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni SMKA Yan 2009 merupakan aktiviti mega yang telah dirancang secara teliti oleh Jawatankuasa Kerja Alumni SMKA Yan dengan kerjasama PIBG SMKA Yan.


Hurmm..Rumah Terbuka Aidilfitri ni diadakan pada hari raya ketiga iaitu bersamaan 3 Syawal atau 22 September 2009 kat Dewan Serbaguna Guar Chempedak...Bermula seawal jam 2 petang dan tutup kedai pukul 5 patang. Ramai ahli-ahli alumni yang menghadirkan diri. Ahaaa..kali ni aktiviti mega nie sangatlah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh setiap ahli alumni...Guesss what????Hampir 700++ yang hadirkan diri..memang bestlah..Tapi sayangnyerr bagi batch kita iaitu SPM 2006 sket ajerr yang hadir..tapi x perr lahh kan..


Haa...aper lak menu yang dihidangkan masa Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni hari tu????Fuhhh..memang banyak hidangannya...kira-kira 15 menu jugaklah yang dihidangkan kepada semua para tetamu yang hadir...ada mee goreng, bihun goreng, kewteow goreng, bihun sup, rojak buah, lemang, kueh raya, nasi himpit ngan kuah kacang, dan macam2 lagilah...ehee~~kira penuh la meja kiri kanan ngan makanan...Alhamdulillah..Rezeki Allah.


Tapi perkara yang lebih best ialah majlis nie diserikan lagi dengan kehadiran Tetamu VIP yang amat disegani iaitu Senator Major General (R) Datuk Jamil Khir Baharom bersama-sama juga dengan CEO BERNAMA TV Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan juga tetamu VIP yang ketiga adun Guar Chempedak iaitu Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail. Hurmmmm..Majlis nie juga dihadiri oleh Ahli PIBG SMKA Yan dan juga beberapa orang kuat SMKA Yan sendiri.

jadi kesimpulannya
Program Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni SMKA Yan 2009
berlangsung dengan jayanya...
Tahniah kepada semua yang menjayakannya dan juga kepada semua ahli yang telah menyumbangkan seluruh tenaga dan komitmen menyeluruh dalam usaha menjayakan majlis mega kali ini....

Alhamdulillah dan kita mengharapkan agar program seterusnya akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari semua ahli alumni terutamanya dari batch SPM 2006 ya...

Friday, September 25, 2009