Anda juga boleh sampaikan msg anda kpd sesiapa yg mengenali...dgn cara antrkn msg ringkas anda ke emel alsmkay06@gmail.com ..tiada charge perkhidmatan dikenakan

Sekapur Sireh Tuan Presiden…

Sekapur Sireh Tuan Presiden…
“Dalam usaha mempertingkatkan keupayaan dan keteguhan Portal Alumni SMKAY agar dapat berbakti menerusi kempen penambahan ahli disamping dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirangka untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli serta perancangan program pembangunan ekonomi” -En. Nurul Aswar Nasron-

Thursday, November 19, 2009

Family Day Batch 2006

Assalamualaikum...

Seperti yang diketahui oleh semua ahli jawatankuasa (AJK), Program Tautan Kasih yang kita rancang berakhir seperti program Mukhayyam Tarbawi yang juga berakhir dgn kekecewaan pada Jun yang lepas.

Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas semua masalah yang kita hadapi dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang telah meluangkan masa, tenaga dan wang untuk menjayakan program ini.

Untuk menghargai jasa baik anda semua. Saya telah berbincang dengan semua Hicom dan Exco program Tautan Kasih. Kita tetap akan adakan aktiviti untuk batch kita pada tahun ini.

Keputusannya, kita akan adakan Family Day untuk anda semua. Tempat, masa dan tarikh untuk family day ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Hicom Exco selepas Hari Raya Aidiladha nanti. Keputusannya akan diumumkan dalam blog ini dan akan dihantar ke email semua AJK melalui setiap ketua Lajnah masing masing.

Tentang duit RM20 yg telah anda bank in untuk tempahan baju. Kita tetap akan siapkan tempahan baju tersebut dan akan kita pakai pada hari family day kita diadakan.

Jadi semoga family day ini tetap akan mendapat sokongan daripada semua AJK program dan AJK bacth.

sekian,

Muhammad Syafiq Syahidzat Bin Sabri
Presiden Batch 2006,
Geoscience and Petroleum Department,
Universiti Teknologi PETRONAS,
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh,
Perak Darul Ridzuan.

No comments: